SIC racing Malaysia dirasmikan di litar silverstone!
SIC racing Malaysia dirasmikan di litar silverstone!

SIC racing Malaysia dirasmikan di litar silverstone!

Posted on

SIC racing Malaysia dirasmikan di litar silverstone!

Pada MotoGP 2019, Malaysia disahkan memiliki pasukan MotoGP selepas Yamaha mencapai persetujuan dengan Sepang International Circuit (SIC).

Pasukan Yamaha SIC Racing dari Malaysia akan diumumkan pada hari Jumaat (08/24/2018) hari ini, di litar silverstone BritishGP 2019.

SIC racing Malaysia dirasmikan di litar silverstone!
SIC racing Malaysia dirasmikan di litar silverstone!

Pasukan Yamaha SIC Racing akan ditaja oleh syarikat minyak dan gas Malaysia, Petronas, dan bekerjasama dengan Angel Nieto sebagai pasukan kejuruteraan.

Yamaha mencapai persetujuan dengan SIC untuk membentuk pasukan satelit selepas pasukan Tech3 memutuskan untuk meninggalkan dan beralih ke KTM, musim depan.

Sementara itu, Monster Energy, sebelum ini penaja yamaha Tech3, akan menjadi penaja utama Valentino Rossi dan Maverick Vinales, menggantikan Movistar.

perasmian Pasukan Yamaha SIC Racing akan dihadiri

  • Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

“Belia permotoran perlu diberikan tempat secukupnya dalam Malaysia Baharu,”
“Saya akan bersama pihak PETRONAS, Sepang International Circuit (SIC) dan KBS hujung minggu ini. Perbincangan dan tindakan susulan akan kita usahakan.” kata Syed Saddiq

  • Pengerusi SIC, Tan Sri Azman Yahya
  • Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali
  • Presiden PETRONAS, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin
  • Ketua Pegawai Eksekutif Dorna, Carmelo Ezpeleta
  • dan wakil Yamaha, Lin Jarvis dan Koichi Tsuji.

Kehadiran nama-nama besar ini sekali gus memperkuatkan lagi pembentukan pasukan negara dalam kelas MotoGP dengan Jarvis sendiri pernah menyatakan mengenai barisan pelumba pasukan yang bakal disertai ‘protege’ Valentino Rossi, Franco Morbidelli dan pelumba yang sedang beraksi di Moto2 dari Perancis, Fabio Quartararo.

Razlan berkata dalam tempoh dua tahun yang lalu dia tidak menggunakan rider Malaysia tetapi dia tidak menutup pintudan akan memberi peluang kepada Rider Malaysia pada 2012.

“Untuk pasukan MotoGP (negara), mungkin dalam masa dua tahun ini 2019 dan 2020, kita tak dapat menggunakan khidmat pelumba Malaysia,” kata Razlan.

“Ini kerana tidak ada pelumba (tempatan) yang dilihat bersedia setakat ini. Kita akan beri masa selama dua tahun untuk melahirkan pelumba kedua Malaysia yang boleh menyertai kelas MotoGP.

“Insya Allah, pelumba pertama negara yang akan berlumba bersama pasukan SIC yang baharu ini akan dapat dilihat pada 2021.” tutup razlan.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *