sepertinya saya dapat berlari lebih cepat daripada yamaha yzr - m1
sepertinya saya dapat berlari lebih cepat daripada yamaha yzr - m1

sepertinya saya dapat berlari lebih cepat daripada yamaha yzr – m1

Posted on

“rookie of the year” hafizh dirampas morbidelli

Rider malaysia rakan sepasukan zarco, Hafizh syahrin memulakan perlumbaan pada petak ke 24 dan menamatkan perlumbaan SanmarinoGP di tempat ke 19, di luar kelompok kutipan mata sekali gus dipaksa merelakan status “rookie of the year” dirampas pencabar terdekatnya, Franco Morbidelli.

Hafizh menamatkan 27 pusingan perlumbaan di Sirkit Misano di tempat ke-19 manakala Morbidelli yang bakal menyertai pasukan satelit yamaha “PETRONAS Yamaha Sepang Racing team” musim depan, mengumpul empat mata apabila menemui garisan penamat di tangga ke-12.

Pelumba Monster Yamaha Tech3, Hafizh syahrin kini ketinggalan dua mata di belakang pencabarnya dari Itali itu yang kini mengumpul 26 mata.

“Akhirnya, saya menamatkan perlumbaan di tempat ke-19, yang bukan kedudukan baik tetapi jauh lebih baik daripada kelayakan”.
“kami masih perlu memperbaikinya dan kami juga perlu bekerja keras untuk perlumbaan seterusnya”. kata syahrin

“saya mempunyai pengalaman lebih banyak pada hujung minggu ini, beberapa perkara untuk dilupakan dan ada yang diambil. Saya cuba belajar dari kesilapan saya dan cuba berusaha keras untuk pusingan seterusnya”. kata syahrin

Perlumbaan seterusnya atau pusingan ke-14 musim selepas ini dijadual berlangsung di GP Aragon, Sepanyol pada 23 September ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *