MotoGP adalah balapan sesungguhnya
MotoGP adalah balapan sesungguhnya

Bos KTM : MotoGP adalah perlumbaan sesungguhnya, Rider F1 boleh diganti dengan boneka!!

Posted on

Bos KTM : MotoGP adalah perlumbaan sesungguhnya, Rider F1 boleh diganti dengan boneka!!

menurut bos KTM, Stefan Pierer, hanya MotoGP yang diiktiraf sebagai sukan lumba yang sesungguhnya. Dia juga berkata, peranan Rider dalam Formula 1 boleh digantikan dengan boneka.

Populariti MotoGP semakin meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan terus menarik peminat untuk datang ke litar, dan menonton perlumbaan.

Minggu ini, MotoGP diadakan di Red Bull Ring, austria. KTM berlumba di hadapan penyokong mereka sendiri, pengilang Austria menyebutkan bahawa home race adalah perlumbaan yang paling penting.

“Kami mendapat 200,000 penonton yang hadir. Ini adalah event luar biasa dan event sukan terbesar di Austria, Ini adalah perlumbaan yang sesungguhnya,”  kata bos KTM.

“Dalam perlumbaan MotoGP, kira-kira 60-70 peratus daripada race masih dikawal oleh para Rider, dan anda boleh melihatnya dengan jelas. sementara itu, dalam perlumbaan Formula 1 anda boleh meletakkan anak patung, Mencari pelumba MotoGP yang berkualiti adalah tugas yang lebih sukar”. kata Stefan Pierer.

“Sementara Formula 1 hampir sepenuhnya dikendalikan dari pit. suatu masa nanti, balapan Formula 1 hanya akan diikuti oleh mobil tanpa pemandu.

“Mereka mempunyai dana sebanyak 100 juta euro lebih, tetapi nampaknya perlumbaan Formula 1 tidak lagi menjadi perlumban yang lama ditunggu-tunggu.”

Pierer juga bukan peminat besar Formula E. Dia juga menganggap perlumbaan elektrik adalah suatu kemunduran.

“Perlumbaan elektrik untuk saya adalah satu kemunduran, mereka adalah yang paling teruk, Tidak ada penonton, dan kami tidak dapat mendengar apa-apa”.
“Saya tertanya-tanya jenis perlumbaan apa ini, pemandu boleh menukar kereta di tengah perlumbaan” kata Stefan Pierer.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *